WELCOME

Saturday, April 30, 2011

5:04 PM - No comments

Dalil Pengharaman Poco-Poco

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalil-dalil di bawah adalah sedutan dari Majalah Al-Islam edisi Jamadil Awal-Jamadil Akhir. Saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda kerana saya lihat poco-poco kian menjadi satu trend terutamanya di kalangan pelajar. Perlu diingatkan bahawa menurut Profesor Madya Dr. Khadijah Hambali, Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya telah berkata,

"Menurut kajian poco-poco berasaskan pada satu bentuk ritual pemujaan kepada dewa oleh masyarakat Jamaica. Kemudian dibawa masuk ke Filipina dan dipopularkan oleh penganut Kristian di sana sebagai satu bentuk upacara keagamaan"
Berikut adalah Dalil Pengharaman Poco-Poco:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
Terjemahan ayat di atas adalah dari surah al-An'am ayat 153. Di dalam ayat ini, dengan jelas kita diperintahkan untuk mengikuti jalan Islam yang sebenar, kerana ia adalah kaq dan nyata kebenarannya dan janganlah kita mengikuti jalan-jalan dari agama,ritual atau sebarang bentuk yang berlainan dengan Islam kerana ia akan meruntuhkan perpaduan kita.Yang kedua,
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Di atas adalah dari Surah al-Isra ayat 36. Di dalam ayat tersebut, kita telah diberi peringatan agar jangan melakukan sesuatu yang kita tidak tahu asal-usulnya kerana dikhuatiri mengandungi anasir-anasir yang tidak sihat untuk diamalkan sebgaia seorang Muslim. Oleh itu, kita harus menjauhi perkara yang tidak jelas agar kita tidak diseksa oleh perkara itu yang masih samar-samar samada ia halal atau haram. Sama seperti tarian poco-poco ini, ia mengandungi campuran ritual masyarakat Jamaica dan Kristian, oleh tiu kita secara tidak sedar mungkin telah memuja tuhan mereka! Yang ketiga,
Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Sa'id al-Khudri, sesungguhnya Nabi Muhammad bersabda,"Kamu akan benar-benar mengikut sunnah-sunnah (jalan hidup) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal,shasta demi sehasta sehingga mereka memasuki lubang dhob sekalipun nescaya kamu mengikutinya.
Yang keempat,

Pengharaman berasakan kaedah Saddu al-Dzarai'ie iaitu menegah melakukan perkara yang harus kerana bimbang perkara itu membawa kepada yang haram. Pada umumnya tarian dan senaman tersebut dilaksanakan bercampur lelaki dan wanita yang bukan mahram, tidak menutup aurat seperti mana yang ditetapkan oleh syariat.
Kelima,
Adalah lebih menyelamatkan keadaan sekiranya kita menggunakan tarian atau senaman yang jelas cocok dengan agama, budaya dan warisan bangsa kita sendiri daripada meniru dan memperlakukan sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan kecelaruan dan keraguan.
 Inilah dalil pengharaman poco-poco.Wallahualam..